KUALA LUMPUR: Harga purata bagi pangsapuri baharu di Malaysia mencecah RM582,887 pada suku pertama 2024 manakala purata harga jualan bagi kediaman sekunder bernilai RM521,614, menurut kumpulan teknologi hartanah Juwai IQI.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Kashif Ansari berkata, harga purata ini lebih tinggi berbanding harga yang dilaporkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) untuk 2023 iaitu RM467,144.
"Kami yakin kelainannya terarah kepada gabungan hartanah yang dijejaki dan dalam tempoh masa yang sedikit berbeza," katanya dalam kenyataan susulan pelancaran Laporan Pasaran Jualan Kediaman suku pertama 2024 Juwai IQI bagi Malaysia hari ini.
Laporan itu adalah berdasarkan analisis lebih daripada 70,000 jualan kediaman dalam pasaran sekunder dan projek baharu di seluruh Malaysia sejak 2018.
Menurut Kashif, Kuala Lumpur memegang rekod sebagai hartanah paling mahal di negara ini dengan purata harga rumah sekunder bernilai RM801,557 manakala rumah baharu secara perbandingannya adalah lebih mampu milik dengan harga purata RM708,462.
"Selepas Kuala Lumpur, tiga negeri dengan rumah sekunder paling mahal adalah Sarawak, Sabah dan Johor. Tiga negeri seterusnya dengan harga termahal bagi jualan rumah baharu adalah Johor, Sabah dan Kedah," katanya.
Kashif berkata Terengganu mencatat harga paling murah bagi kediaman sekunder dengan harga purata sebanyak RM293,714, diikuti Perak, Kedah dan Pahang.
Melaka adalah negeri yang menjual unit baharu paling murah dengan harga purata RM305,463, diikuti Pahang, Perak dan Kelantan.
Sementara itu, Kashif berkata kebanyakan pembelian rumah berlaku dalam julat harga yang lebih rendah, dengan lebih separuh daripada pembeli unit baharu membayar RM500,000, dan satu perempat daripada pembeli membayar lebih RM750,000 untuk unit baharu pada suku pertama 2024.
"Di pasaran sekunder, anda melihat taburan yang sama, dengan hampir separuh daripada pembeli memperuntukkan RM500,000 ke bawah. Ini berita yang baik bahawa pembeli rumah mampu milik boleh mencari rumah yang menarik untuk dibeli.
"Ini bermakna pasaran menyediakan perumahan yang banyak untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah serta seimbang dengan penawaran yang mencukupi untuk pembeli di semua paras harga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Kuala Lumpur memegang rekod sebagai hartanah paling mahal di negara ini dengan purata harga rumah sekunder bernilai RM801,557. - Gambar hiasan/ Dagang News
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha pemulihan - Kor Ming
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha menuju pemulihan yang dibuktikan dengan peningkatan jumlah dan nilai urus niaga hartanah pada tahun lepas serta pertumbuhan ekonomi yang stabil.
'Harga purata pangsapuri baharu Malaysia cecah RM582,887 pada suku pertama'
Harga purata bagi pangsapuri baharu di Malaysia mencecah RM582,887 pada suku pertama 2024 manakala purata harga jualan bagi kediaman sekunder bernilai RM521,614.
Melaka kekal status negeri tawar harga rumah terendah, purata RM207,600
Melaka masih mengekalkan status negeri menawarkan harga rumah terendah di Malaysia pada harga purata RM207,600 berbanding RM458,751 di peringkat nasional hingga suku ketiga tahun lepas.
Krisis perumahan: Penunjuk perasaan bantah keputusan kabinet
Antara tuntutan lain termasuk hak mereka ke atas bandar, penamatan eksploitasi dan peningkatan kos sara hidup.
'Perumahan jadi tidak mampu milik kerana pendapatan rakyat tidak cukup, hutang tinggi'
Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkompaun (2014 hingga 2020) menunjukkan peningkatan harga rumah sebanyak 4.1 peratus berbanding kenaikan pendapatan pada 2.1 peratus.
Melaka kekalkan harga rumah paling rendah di Malaysia
Melaka masih mengekalkan harga rumah paling rendah di negara ini dengan indeks harga purata RM181,203 seunit pada suku pertama tahun 2022 berbanding negeri-negeri lain.
JPPH diberi kuasa sebagai perantara tentukan nilai harta dan harga rumah
Hasil MoU antara LPPSA dan JPPH yang dimeterai bagi perkongsian maklumat dalam bidang penilaian pembiayaan perumahan sektor awam.
Rakyat Malaysia jangka harga rumah akan meningkat menjelang Dis 2022 - Kaji Selidik Juwai IQI
Sebahagian besar rakyat Malaysia berpendapat sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk membeli rumah atau pangsapuri kerana mereka menjangkakan harga hartanah akan meningkat menjelang Disember 2022.
RMK-12: Kerajaan sasar lebih ramai rakyat Malaysia miliki rumah mampu milik
Ia bermatlamat menyediakan akses kepada rumah yang mencukupi, selamat, dan mampu milik untuk semua.
Harga rumah dijangka meningkat 3.0 hingga 12 peratus pada 2022-2023
Harga rumah di Malaysia dijangka meningkat tiga peratus dalam jangka 12 bulan akan datang dan terus melonjak 12 peratus bagi tempoh 12 bulan berikutnya, didorong unjuran yang lebih baik.